Takdir Kita
Rindu berwajah jingga
Meretas mimpi malam purnama
Sekali dua menatap
Gemulai indah getarkan sukma
Meretas mimpi malam purnama
Sekali dua menatap
Gemulai indah getarkan sukma
Sayang, pertemuan kali ini
Tak lagi bermakna sama
Menepati Janji hati
Rindu biru lebam
Tak lagi bermakna sama
Menepati Janji hati
Rindu biru lebam
Hati merah darah
Tapak cinta masih utuh
Menanam luka bertuah
Terima takdir sungguh
Tapak cinta masih utuh
Menanam luka bertuah
Terima takdir sungguh
Sayang, pertemuan kali ini
Tak lebih bersuanya dua asa
Menjaga sekeping hati yang lain
Kerana takdir tak tertolak.
Tak lebih bersuanya dua asa
Menjaga sekeping hati yang lain
Kerana takdir tak tertolak.
#sungguh pada hujan kutitip rinduku
membasahi setiap jengkal bumi tempatmu berpijak.